Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak Nik Aziz tolak pelawaan sertai PAN

15 APRIL: Anak kedua kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pelawaan menyertai PAN serta  bertanding dalam PRU14 kerana tidak mendapat keizinan ibunya untuk aktif berpolitik.

“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, kita kena terima,” kata Nik Omar, 53 tahun yang dipetik Utusan Online, Ahad.

Terdahulu Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dilaporkan berhasrat mencalonkan Nik Omar bagi mewakili parti itu.

Bagaimanapun, anak kedua daripada 10 beradik itu mempunyai pandangan yang berbeza dan cenderung kepada permuafakatan dengan parti-parti pembangkang lain.

“Kalau tanya, saya juga pangkah PAS, tetapi saya melihat untuk menang dalam politik kita mesti dalam gabungan,” kata Nik Omar (foto).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 9:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: