Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak pulang kerja lihat ibu maut kena kelar

11 FEB: Seorang lelaki yang pulang kerja kira-kira jam 3 pagi tadi terkejut melihat ibunya  maut selepas dipercayai dikelar di leher oleh penjenayah yang memecah masuk rumah dan menyamunnya di Taman Emas, Ipoh.

mayatDifahamkan, anak mangsa yang terkejut melihat keadaan ibunya menangis sekuat hati hingga menyebabkan jiran turut menyedari kejadian itu dan datang ke rumah mereka.

Jiran mangsa mendakwa melihat mayat mangsa berusia 5o tahun dalam keadaan tertiarap di atas lantai dalam rumah dan bertekup dengan bantal.

Difahamkan mangsa tinggal di rumah berkenaan bersama anak lelakinya itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 10:26 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: