Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak saudara MB Selangor ditahan SPRM, RM4j dibekukan

30 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan seorang anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir dan pelbagai projek di Selangor yang dianugerahkan oleh Menteri Besar Selangor.

Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid, 34,  dan 2 lagi ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya No.35 Jalan Desa Pandan Kuala Lumpur kira-kira 1 tengahari semalam.

Mereka dijangka direman hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM.

Dalam serbuan itu sejumlah lebih RM 4 juta ditemui dan beberapa akaun dibekukan.

Nuzul Fadli difahamkan tidak bekerja namun dipercayai kaya-raya hanya sebagai anak saudara Menteri Besar Selangor.

Semakan menunjukkan Nuzul Fadli sentiasa menyertai program Azmin Ali, menyertai segala mesyuarat, memiliki kenderaan mewah, kediaman serta sentiasa bercuti di luar negara walaupun tidak mempunyai pekerjaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 November 2017 10:36 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: