Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak saudara sendiri cabar Hadi Awang

13 APRIL: Anak saudara kepada isteri presiden PAS, Miqdad Zakaria disahkan akan mencabar bapa saudaranya sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Miqdad Zakaria yang juga Ketua PAN Marang, diuar-uar bertanding di situ sejak dia keluar PAS dan menyertai PAN.

“Kalau ikutkan memang dia nak elak (lawan Hadi) tapi sebab itu (Marang) kawasan dia dan dia memang nak ambil Parlimen Marang jadi dia akan lawan (Hadi) di Parlimen lah,” kata sumber dalaman parti seperti dilaporkan Mkini.

Bagaimanapun, mengulas lanjut berhubung langkah Abdul Hadi bertanding satu kerusi sahaja, katanya PH Terengganu akan memutuskan perkara itu kemudian.

“Tapi kalau Hadi tanding di Dewan Undangan Negeri (DUN), Pakatan Harapan Negeri yang akan tentukan,” katanya.

Pada 11 April lalu Utusan Malaysia melaporkan Abdul Hadi memutuskan untuk bertanding hanya satu kerusi sahaja pada PRU14 kali ini.

Bagaimanapun, beliau masih belum keputusan sama ada mahu bertanding di kerusi DUN atau Parlimen.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Abdul Hadi kekal menyandang kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang menewaskan calon BN.

Kerusi DUN Rhu Rendang adalah kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh BN sejak pilihan raya 1982.

Bagi parlimen Marang, Abdul Hadi mula bertanding di kerusi itu sejak 1986 dan sepanjang tempoh tersebut, beliau menang lima daripada tujuh kali pilihan raya hingga 2013.

PAS dijadual mengumumkan calon mereka secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini.

Manakala PH Terengganu akan berbuat demikian pada 26 April ini oleh Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dungun, Terengganu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 April 2018 8:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: