Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anak Speaker Johor dijangka cabar ibu tiri

11 APRIL: Selepas menyertai PPBM pada Sept 2016, anak lelaki Speaker Dewan Negeri Johor, Shukur Mohamad berkemungkinan melawan ibu tirinya pada PRU14.

Bapanya, Tan Sri Mohamad Aziz, adalah Timbalan Pengerusi tetap UMNO serta bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Batu Pahat.

Ibu tirinya, Datin Azizah Zakaria adalah penyandang kerusi Parit Raja dan dijangka dipilih untuk mempertahankannya.

Memetik laporan Malaysiakini, Azizah dilaporkan tidak senang dengan tindakan Shukur, 46 tahun yang menyertai parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ibu tidak bercakap dengan saya sejak saya sertai PPBM,” kata bekas Ahli UMNO selama 26 tahun.

Spekulasi politik menyebut Shukur (foto) dijangkakan bertanding di kerusi ibu tirinya atau bekas kerusi bapanya yang kini disandang oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Ab Kaprawi.

Pada PRU13, Azizah memenangi kerusi Parit Raja dengan dengan memperoleh 10,839 undi, manakala Aziz Kaprawi menang dengan 22,453 undi di Sri Gading.

Tan Sri Mohamad Aziz (kiri) dan Datin Azizah Zakaria

Bagaimanapun PPBM kini berdepan pembubaran sementara dan akan bertanding menggunakan lambang PKR pada pilihan raya umum.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 April 2018 2:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: