Kategori Berita Antarabangsa

Anak tak menyesal bunuh ibu kandung

7 MAC: Gara-gara sering dihina, seorang pemuda di Sumatera sanggup menetak ibunya menggunakankan golok sehingga mati.

Memetik laporan Sindonews, kejadian berlaku baru-baru ini di kediaman wanita terbabit di Kecamatan Tanjungkarang Barat di Bandar Lampung.

Siasatan awal polis mendapati Agus Wulansah, 25, berang kerana mendakwa sering dicerca ibunya setiap kali mengerjakan solat atau membaca kitab suci al-Quran.

“Suspek mengaku menyerang ibunya iaitu Eti Yulia, 48 tahun yang kemudiannya mati kerana mengalami luka tetakkan yang dalam.

“Pemuda itu turut mendakwa wanita yang dibunuhnya itu bukan ibunya, tetapi makhluk halus yang menyamar sebagai ibunya.

“Kami masih menyiasat dan menunggu hasil pemeriksaan kesihatan mental suspek,” kata Ketua Polis Bandar Lampung, Asisten Komisoner Murbani Budi Pitono.

Ketika disoal siasat, Wulansah turut memberitahu bahawa dia tidak menyesal selepas membunuh wanita yang melahirkannya.

“Ayah pun dah tak ingin ibu kembali sebab dia sering membuat maksiat bersama lelaki lain,” menurut suspek.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 March 2018 4:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: