Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anggota cawangan khas mati ditembak, rakan setugas ditahan

5 FEB: Susulan kes anggota polis cawangan khas Bukit Aman berpangkat Lans Koperal ditemui mati ditembak pada Selasa, polis menahan seorang rakan setugas mangsa bagi membantu siasatan.

Datuk Mohmad Salleh

Datuk Seri Mohmad Salleh
Ketua Polis Kuala Lumpur

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, anggota lelaki berusia 30-an itu ditahan di Balai Polis Travers kira-kira jam 7 petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.

Semalam, mayat seorang anggota polis ditemui dengan dua kesan tembakan di kepala dan pada mata di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, tidak jauh dari Balai Polis Travers di Bangsar, ibu negara petang Selasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di tepi kawasan berbukit oleh orang awam yang melalui jalan itu kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Beberapa pegawai kanan polis termasuk Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Bahagian Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Khuzir Abdul Majit, turut dilihat berada di lokasi kejadian.-bnbbc.my

Polis tutup Jalan N 9

ANGGOTA polis menutup Jalan Negeri Sembilan di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, di mana seorang anggota polis Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan petang Selasa

Datuk Khuzir Abdul Majit Komader STAFOC

Datuk Khuzir Abdul Majit
Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC)
Bahagian Jenayah Berat (D9) Bukit Aman

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 February 2014 12:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: