Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anggota polis mati ditembak di kepala dan mata

4 FEB: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditemui mati dengan dua kesan tembakan di kepala dan pada mata di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, tidak jauh dari Balai Polis Travers di Bangsar, ibu negara petang Selasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di tepi kawasan berbukit oleh orang awam yang melalui jalan itu kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Beberapa pegawai kanan polis termasuk Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Bahagian Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Khuzir Abdul Majit, turut dilihat berada di lokasi kejadian.-bnbbc.my

Lokasi polis ditembak dimata

Lokasi kejadian mayat anggota polis ditembak di kepala dan mata ditemui petang Selasa

Datuk Khuzir Abdul Majit Komader STAFOC

Datuk Khuzir Abdul Majit
Komander STAFOC

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 February 2014 8:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: