Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anggota polis maut, isteri parah

10 MEI: Seorang polis berpangkat koperal maut manakala isterinya  cedera parah selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Serting Tengah-Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan malam tadi.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa, Hanafi Mohamed, 50, dan isteri, Mazlyana Yassin, 40, dikatakan dilanggar sebuah kereta Toyota Vios dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Kampung Serting Tengah menuju ke rumah mereka di berek Pondok Polis Mahsan.

“Anggota polis itu maut di tempat kejadian manakala isterinya yang cedera parah telah dihantar ke Hospital Jempol. Pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, Rabu.

Allahyarham yang merupakan Ketua Pondok Polis Mahsan meninggalkan lima orang anak berusia 12 hingga 23 tahun

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru Ayer Hitam hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 May 2017 1:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: