Kategori Uncategorized

Anggota polis terbunuh diserang suspek warga asing

4 MAC: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi cedera selepas diserang dua lelaki dipercayai warga asing, dalam satu kejadian di Taman Sentosa, klang awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi tadi, anggota terbabit bersama rakannya sedang menjalankan rondaan apabila terserempak dengan beberapa lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan mencurigakan.

Ketika pemeriksaan, dua nggota polis itu diserang suspek terbabit dalam kejadian  di Lorong Yusuf Shahbudin 44D, Taman Sentosa. 

tweetigpDalam kejadian itu, pistol  milik seorang anggota terbabit dikatakan cuba dirampas suspek.  

Dua daripada anggota suspek bagaimanapun berjaya ditembak mati oleh salah seorang anggota polis berkenaan.

Pasukan bantuan yang tiba kemudian membawa dua anggota polis yang cedera ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Bagaimanapun, Koperal Raja Aizam Raja Mohd,53  yang cedera di kepala mati ketika dirawat di hospital berkenaan manakala rakannya Koperal  Mohd Aidil Mustafa,29  masih menerima rawatan di hospital sama. 

Identiti suspek yang mati masih disiasat pihak polis.  

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Raja Aizam.

“Jasamu tetap dikenang,” tulis beliau lagi.

Ketika ditemui media selepas menziarahi jenazah anggota polis yang terbunuh itu, Khalid mengutuk keras tindakan ganas sekumpulan warga asing yang menyerang dua anggota polis sehingga menyebabkan kematian itu.

Katanya, tindakan menyerang anggota keselamatan itu sebagai keterlaluan, sangat melampau dan tidak boleh dibiarkan.

“Saya beri amaran keras kepada mana-mana pihak terutama warga asing agar tidak melampaui batas.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mencabar Polis Diraja Malaysia,” katanya.-bnbbc.my 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 March 2014 12:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: