Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anggota RCI buat laporan polis

30 NOV: Satu laporan polis telah dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990-an.

Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, hari ini oleh Setiausaha RCI, Datuk Dr. Yusof Ismail selaku Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan.

Terdahulu, beliau dilihat masuk ke IPD Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana pada ‪pukul ‬4.10 petang dan keluar pada 40 minit kemudian.

Yusof yang ditemui wartawan selepas itu memaklumkan, laporan dibuat agar pihak polis dapat melakukan siasatan terhadap segala hasil rumusan RCI.

“Laporan polis adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam laporan RCI,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Laporan setebal 400 muka surat yang diedarkan ke Dewan Rakyat hari ini mendapati ada asas bagi mengesyorkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kemungkinan berlakunya pecah amanah dan penipuan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam skandal berkenaan.

Selain itu, laporan oleh RCI itu turut menyatakan adalah tidak dapat diterima kemungkinan Dr. Mahathir tidak mempedulikan masalah yang dihadapi oleh BNM berdasarkan kenyataan pelbagai saksi.

Suruhanjaya itu turut mendedahkan, BNM mengalami kerugian sebanyak RM31.5 bilion dalam tempoh tiga tahun iaitu RM12.35 bilion pada 1992, RM15.29 bilion untuk 1993 dan RM3.86 bilion bagi 2014.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 November 2017 6:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: