Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anggota SB Bukit Aman dituduh bunuh rakan setugas

14 FEB: Seorang anggota polis berpangkat koperal dari unit Cawangan Khas (SB) Bukit Aman dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jumaat, atas tuduhan membunuh rakan setugasnya, awal bulan ini.

Tertuduh, Wan Masrul Faiezie Wan Mustapha, 33, yang kelihatan tenang di sepanjang prosiding hanya mengangguk sambil menjawab ‘saya faham’ selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Wan Masrul dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Arippin, kerana kes membabitkan jenayah berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan kes.

Kawasan mayat anggota polis Cawangan Khas Bukit Aman diitemui 4 Februari lalu.

Lokasi mayat anggota polis Cawangan Khas Bukit Aman ditemui 4 Februari lalu.

Pada 4 Februari  lalu, mayat seorang anggota polis Lans Koperal T. Thivakar, 37, yang juga dari cawangan SB Bukit Aman ditemui dengan dua kesan tembakan di kepala dan pada mata di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, di Bangsar, ibu negara.

Mayat mangsa, ditemui dalam keadaan terbaring di tepi kawasan berbukit oleh orang awam yang melalui jalan itu kira-kira jam 4.30 petang.

Tertuduh kemudiannya dilaporkan menyerah diri serta pistol miliknya di Balai Polis Travers, tidak jauh dari lokasi jenayah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam, sementara Sheelan Arjunan hadir sebagai peguam pemerhati keluarga mangsa.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 February 2014 1:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: