Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anggota TLDM dituduh membunuh

13 OKT: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhadapan tuduhan membunuh dua Laskar Kelas 1 TLDM di Bilik Tahanan Unit (BTU) TLDM Sungai Wangi, Sitiawan.

Laskar Kanan Muhd Izhrifikri Roslee, 29, didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini kerana menyebabkan kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28 dan Muhammad Lailaltuiman Mohd.Sukri, 26 antara jam 10.30 pagi hingga 3.20 petang, 29 September lalu.

Ketua Unit Pendakwa Perak, Yusaini Amer Abd Karim mengemukan pertuduhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dua lagi Laskar Kanan, Hamzah Zakaria, 35 dan Mohd. Farid Musa, 32 yang juga bertugas sebagai pengawal bilik tahanan semas kejadian didakwa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap si mati mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan Majistret Nur Shaqira Ibrahim menetapkan 12 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 1:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]