Kategori Berita Antarabangsa

Angka kematian musim monsun di India meningkat

3 OGOS : Hujan lebat musim monsun di India telah mengorbankan lebih 100 penduduk sejak seminggu lalu.

Ratusan ribu penduduk pula terpaksa berpindah ke pusat-pusat penempatan sementara.

india banjirAngin kencang dan hujan lebat dari puting beliung Komen tambah memburukkan keadaan di India.

Hampir 4 juta penduduk dari 10,000 perkampungan telah terjejas kerana banjir di Bengal Barat, negeri terburuk terjejas banjir.

Lebih 200 pasukan perubatan menggunakan 120 buah bot sudah berada di wilayah terbabit dalam usaha mengekang penularan wabak penyakit berasaskan air.

India menerima 80 peratus daripada taburan hujan tahunannya sewaktu musim monsun antara Jun dan September.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 6:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: