Kategori Berita Antarabangsa

Angkara bom, Lapangan terbang London City ditutup

12 FEB: Lapangan terbang London City ditutup buat sementara semalam, susulan penemuan sebutir bom Perang Dunia Kedua berhampiran Sungai Thames.

Laporan AFP menyebut, ia ditemui di Jeti Raja George V, berhampiran landasan lapangan terbang di tengah bandaraya London itu.

Menurut Polis Metropolitan, penemuan bom berkenaan dilaporkan pada awal pagi semalam iaitu pada jam 5 pagi waktu tempatan.

Menurut satu kenyataan daripada pihak pengurusan, landasan sepanjang 214 meter itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga oleh Polis Metropolitan, menyebabkan ia terpaksa ditutup buat sementara waktu.

“Semua penumpang yang dijadualkan menaiki penerbangan dari lapangan terbang ini dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan keterangan lanjut,” kata kenyataan itu.

Lapangan terbang yang terletak di timur London itu khusus mengendalikan penerbangan jarak pendek.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2018 1:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: