Kategori Berita Utama

Anina fail saman terhadap pemimpin PPBM

13 OKT : Bekas Pengasas PPBM Anina Saaduddin hari ini mengemukakan saman fitnah terhadap enam individu parti berkenaan kerana mendakwa dirinya menerima RM7 juta daripada UMNO.

Jelas Anina, tindakan itu diambil setelah keenam-enam mereka gagal mengemukakan sebarang permohonan maaf atau menarik semula kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial Facebook pada Ramadhan lalu.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya melalui peguam telah memfailkan suatu tindakan fitnah terhadap enam individu ahli PPBM dimana empat daripadanya merupakan barisan kepimpinan PPBM Langkawi.

Bekas Pengasas PPBM, Ainina Saadudin bercakap pada sidang media berkenaan saman fitnah atas tuduhan menerima RM7 Juta dari UMNO di Kediamannya di Bangi

“Saya memfailkan tuntutan fitnah ini di mahkamah selepas berpuas hati bahawa semua proses dalaman parti telah dilakukan oleh pihak saya.

“Saya telah menghantar aduan ke Jawatankuasa Disiplin PPBM pada 2 Ogos 2017 tetapi tiada sebarang siasatan dan tindakan diambil,” katanya di sidang media di Bangi, Jumaat.

Saman fitnah itu difailkan semalam di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Anina bagaimanapun enggan menamakan individu-individu yang terlibat itu sehingga notis saman itu diserahkan kepada mereka.

Dakwa Anina, kenyataan di media sosial itu dimulakan pada hari ketiga Ramadhan, menggunakan kata-kata kasar yang mengaitkan dirinya menerima dedak berjumlah RM7 juta daripada UMNO.

“Lebih malang fitnah itu dimulakan dan diteruskan oleh barisan kepimpinan PPBM Langkawi yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya kesal kerana sikap buruk, tidak cerdik dan jahat individu-individu ini bukan sahaja menjejaskan nama baik dan kredibiliti saya sebagai ahli politik muda, lebih dasyat ianya turut menjejaskan nama baik dan kewibawaan pemimpin besar iaitu Dr Mahathir selaku Pengerusi parti,” tegasnya.

Anina pada minggu lalu turut menafikan dakwaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan habuan RM7 juta itu dengan mencabar Ketua Armada PPBM itu tampil menunjukkan bukti.

Bekas Ketua Srikandi PPBM itu juga menyifatkan Syed Saddiq agak ketinggalan dalam isu habuan berkenaan memandangkan beliau pernah melaporkan hal itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meminta agensi itu menyiasat dirinya.

Selain Anina, turut sama menafikan dakwaan menerima RM7 juta itu adalah bekas pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman dan Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 October 2017 5:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]