Kategori Berita Antarabangsa

Anjing dihukum mati

19 MEI: Seekor anjing di Pakistan dihukum mati selepas ‘didapati bersalah’ mengigit seorang kanak-kanak.

Gambar hiasan seekor anjing.

Memetik laporan, India Times, hukuman terbabit dijatuhkan oleh Penolong Ketua Polis daerah Bhakkar, Raja Saleem pada Rabu lalu.

“Anjing itu mencederakan kanak-kanak, jadi, ia patut dibunuh,” kata Raja Saleem.

Pemilik anjing berkenaan, Jamil telah memfailkan rayuan terhadap kes tersebut.

Anjing berkenaan dilaporkan menggigit mangsa pada 16 Mei lepas dan akan ‘dipenjarakan’ selama seminggu sebelum hukuman dijalankan.

Bagaimanapun, kes terbabit bukan kes pertama bagi haiwan dijatuhkan hukuman kerana melakukan ‘jenayah’.

Pada 2015, seekor burung merpati ‘ditahan’ polis India kerana disyaki ‘pengintip’.

Sebelum itu, Polis Jerman pernah menahan seekor tupai kerana mengganggu seorang wanita yang kemudian melaporkan kejadian itu.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 5:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]