Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anjing, kucing dalam radius 10km diberi suntikan vaksin

5 JULAI: Semua anjing dan kucing yang berada dalam kawasan radius 10 kilometer di lima kampung diisytiharkan dijangkiti virus rabies, akan diberikan suntikan vaksin dalam tempoh seminggu ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dianggarkan kira-kira 500 ekor anjing dan kucing terdapat di lima kampung berkenaan iaitu Kampung Kerait, Kampung Paon Sungai Rimu, Kampung Paun Rimu Bakung, Kampung Remun and Kampung Lebor

“Kerajaan negeri telah meminta pihak tentera dan polis supaya menjaga kawasan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia bagi memastikan tiada haiwan itu terlepas masuk ke negeri ini.

“Kita juga meminta mereka yang terkena gigitan anjing dari 1 April hingga 1 Julai lalu untuk tampil segera ke hospital bagi menerima vaksin,” katanya dalam sidang akhbar selepas bertemu dengan penduduk Kampung Paon Sungai Rimu dan menyaksikan proses vaksinasi anjing dan kucing dilakukan hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam negeri, Dr. Annuar Rapaee; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Jamilah Hashim.

Terdahulu, mayat kedua beradik, Monica Mazlan, 6, dan adiknya, Jackson yang meninggal dunia semalam, ekoran virus rabies yang menyebabkan mati otak telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Paun Rimu Bakung pada pukul 10 pagi tadi.

Douglas juga menziarahi keluarga mangsa yang masih bersedih untuk mengucapkan takziah dan menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 July 2017 6:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: