Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Annuar agih gaji pertama kepada individu hilang kerja

17 MEI: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, menyerahkan gaji pertamanya sebagai Ahli Parlimen Ketereh selepas PRU14 kepada 176 individu lantikan politik yang hilang pekerjaan di kawasan Parlimen itu.

Mereka yang menerima bantuan termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP), guru al-Quran, guru takmir dan mubaligh.

Menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, beliau berbuat demikian kepada golongan terbabit yang sudah berkhidmat hampir 30 tahun, sejak 1990 dan diwujudkan atas ihsan Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Selain merayu bagi pihak mereka kepada kerajaan terutama mereka yang paling berkuasa dalam hal ehwal kewangan, Lim Guan Eng, apakah lagi yang dapat saya buat?

“Sebagai langkah sementara, hari ini saya mengambil keputusan untuk sedekahkan keseluruhan gaji bulanan pertama saya kepada mereka walaupun hanya dapat sedikit seorang.

“Sekurang-kurangnya mereka boleh berbelanja untuk berbuka puasa. Sekiranya ada sesiapa yang ingin membantu, boleh hubungi saya,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 2:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: