Kategori Berita Utama

Annuar Musa sasar parti keramat jadi pembangkang terkuat dalam sejarah

17 MEI: Kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan bermakna permainan parti itu dalam arena politik sudah berakhir, kata Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa.

Jelasnya, ia akan menjadikan parti keramat itu sebagai sebuah parti pembangkang yang hebat untuk  tempoh lima tahun akan datang.

“Ini baru bermula dan kita akan buktikan kita jadi pembangkang yang hebat dan terkuat dalam sejarah politik negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, UMNO adalah sebuat parti yang sukar untuk dilupuskan kerana mempunyai ahli yang ramai iaitu lebih 3 juta ahli, namun hanya memerlukan mereka yang benar-benar setia dengan perjuangan parti.

Beliau juga tidak menolak akan adanya ahli parti yang keluar dari UMNO dan bersekongkol dengan Pakatan Harapan.

“Akan berlaku lagi sedikit sebanyak di sana sini daripada mereka yang tergoda kepada yang digoda, biarkan sajalah, malah bagi saya lagi ramai yang sebegitu nak keluar adalah lebih baik lagi untuk perjuangan parti.

“Sampah sarap mesti dikeluarkan, telah lama bahtera ini membawa barang-barang muatan yang tak menyumbang kepada kekuatan sebenarnya,” jelasnya lagi.

Annuar berkata selepas kekalahan UMNO dan BN pada PRU14, beliau yakin pejuang setia parti akan terus mendokong pengorbanan pejuang dahulu kerana menghargai setiap perit jerih yang dihadapi pemimpin dulu.

“Kita kena ingat waktu kita tubuhkan UMNO kita tak ada kuasa, kita tak ada kedudukan, kita tak ada sebaran habuan, bukan sekejap pejuang dan pengasas-pengasas parti berjuang tanpa kuasa, kedudukan dan wang,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 2:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: