Kategori PRK DUN Kajang N25

Antara sebab jumlah pengundi kurang

24 MAC: Penurunan peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Kajang, Ahad  mungkin berpunca daripada persepsi pengundi bahawa ia tidak membawa sebarang perubahan.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini, turut berpendapat kesesuaian calon yang bertanding turut mempengaruhi statistik berkenaan.

“Saya kira sama ada pengundi Melayu atau Cina yang berada di luar kawasan dan  tidak pulang (mengundi) mungkin berpandangan PRK Kajang tidak boleh menukar mana-mana kerajaan, iaitu kerajaan negeri dan pusat. Mungkin mereka rasa datang (mengundi) tidak menambah, pergi juga tidak mengurang.

prkkajang3 “Malah mungkin di kalangan masyakat Cina berpandangan serba salah untuk mengundi calon Cina dari BN, sedangkan mereka mahu menyokong pembangkang.

“Pengundi Melayu pula nak mengundi calon Melayu, tetapi mungkin calon itu yang mereka tidak suka,” katanya.

PRK DUN Kajang yang berlangsung semalam mencatatkan penurunan peratusan keluar mengundi sebanyak 72 peratus, berbanding 88.40 peratus semasa Pilihan Raya Umum ke-13, Mei tahun lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof memberitahu kira-kira 28,314 pengundi daripada 38,55 pemilih berdaftar keluar mengundi pada hari itu.

SPR juga katanya akan mengkaji faktor kemerosotan jumlah yang keluar mengundi di Kajang.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad turut menempelak keangkuhan PKR yang kononnya berjaya mengekalkan kerusi tersebut, namun gagal mempertahankan atau meningkatkan undi majoriti sebagaimana yang diperolehi penyandang terdahulu, Lee Chin Cheh.

Lee mendapat undi majoriti berjumlah 6,824 undi, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan penurunan kepada 5,379 undi.

“Walaupun calon mereka itu ternama dan semua orang kenal, tetapi masih gagal mengatasi calon mereka yang tidak ternama pada PRU-13 dahulu.

“BN sudah berusaha walaupun Kajang bukan kubu kuat kami sehingga berjaya mengurangkan undi majoriti mereka semalam. Jadi PKR tidak boleh mendabik dada dalam hal ini,” jelasnya.

Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pontian itu yakin pembangkang tidak akan membuat tuduhan atau fitnah yang mengatakan SPR tidak adil selepas kemenangan di Kajang semalam.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2014 4:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: