Kategori Berita Antarabangsa

Anti-kapitalis bantah kehadiran Trump

24 JAN: Ribuan penunjuk perasaan anti-kapitalis berarak di Zurich pada Selasa bagi menyuarakan bantahan terhadap kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke mesyuarat tahunan World Economic Forum (WEF) minggu ini.

Laporan Reuters menyebut penganjur protes menggunakan slogan yang berbunyi “Trump Not Welcome” dan “Smash WEF!”

Penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera, dianggarkan kira-kira 2,000 orang, bergerak ke arah pusat kewangan Zurich, di mana para pekerja bank diperingatkan supaya tidak terbabit dengan demonstrasi.

Trump dijadualkan berucap pada Jumaat ini di mesyuarat WEF itu, yang merupakan satu perjumpaan tahunan bagi pemimpin korporat dan politik global.

Ia akan diadakan di Davos, di mana sebarang aktiviti protes telah diharamkan.

Sementara itu, satu kontinjen Pro-Kurdish turut mengambil bahagian dalam protes di Zurich itu, mempamerkan sokongan terhadap wilayah Afrin yang dikuasai kumpulan Kurdish Syria dan melaungkan slogan menentang Presiden Turki, Tayyip Erdogan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 January 2018 4:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: