Kategori Berita Utama

Anwar akan berdepan Shafee kes rayuan Liwat II bermula esok

11 FEB : Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kerajaan terhadap keputusan Liwat II.

Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, yang mengetuai lima anggota, berkata akuan bersumpah dan kenyataan yang dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim di luar mahkamah tidak boleh diterima sebagai asas untuk permohonan.

Hakim-hakim lain mendengar rayuan itu adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Richard Malanjum, dan Hakim Mahkamah Persekutuan Suriyadi Halim Omar, Zaleha Zahari dan Jeffrey Tan Kok Wha.

shafee-anwar

Anwar akan berdepan Shafee dalam kes rayuan Shaiful bermula esok

Ini bermakna Shafee akan mengetuai pasukan pendakwaan kes rayuan kerajaan terhadap kes liwat membabitkan Mohd Shaiful Bukhari Azlan di Mahkamah Rayuan esok.

Anwar yang ditemui media selepas keputusan itu terul membebel menuduh Shafee adalah peguam UMNO.

Manakala Shafee pula menjelaskan, beliau bertindak sebagai peguam profesional malah pernah mewakili PAS.

“Dulu saya mewakili SPRM dalam kes Teoh Beng Hock. Saya menang kes itu… adakah saya dapat habuan:.” tegasnya di luar mahkamah.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2014 4:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: