Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anwar cuba lagi ketepikan Shafee

27 FEB: Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tidak jemu dan tidak putus asa apabila buat kali ketiga memfailkan permohonan untuk menggugurkan peguam kanan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat beliau terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan terbaharu berkenaan difailkan pada Selasa dan akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 3 Mac ini.

Alasan permohonan yang difailkan kali ini adalah Shafee pernah didapati bersalah melanggar peruntukan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 pada 5 Oktober 2012 dan dikenakan hukuman denda RM5,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Majlis Peguam.

Sebelum ini pasukan pembelaan Anwar sudah dua kali memfailkan permohonan untuk menyingkirkan Shafee menggunakan akuan bersumpah dan kenyataan yang dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim tetapi ditolak mahkamah.-bnbbc.my

anwar vs shafee

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 February 2014 6:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: