Kategori Berita Utama

Anwar dibayar RM150,000 setahun bukan RM15 juta

30 NOV: Bukan RM15 juta tetapi hanya RM150, 000 setahun dibayar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dibayar bagi tuntutan pelbagai elaun sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Angka itu diberikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin melalui pesanan mesej kepada The Mole.

Katanya, jumlah RM150,000 itu diperuntukkan untuk 2013 dan jumlah yang sama dibayar pada 2012.

tweetanwarBeliau juga menafikan bayaran dibuat oleh pejabat Menteri Besar sebaliknya pejabat kewangan negeri.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang sebelum ini menegaskan beliau hanya mahu dibayar RM1 sebagai Penasihat Ekonomi.

Semalam Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Anwar dibayar RM15 juta pada 2012.

Malah, pejabatnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubungtweetanwar1 tuntutan elaun Anwar dan terperanjat kononnya berita itu dikeluarkan portal rasmi kerajaan Selangorkini.

Anwar pula melalui twitternya masih mengesahkan elaun beliau masih RM1.

Beliau mendakwa isu beliau di bayar RM15 juta adalah fitnah UMNO apabila ditanya benarkah beliau menerima elaun RM1.2 juta setahun.

Bagaimanapun, bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri Selangor, tidak salah butiran pembayaran RM150,000 yang dikatakan itu didedahkan kepada umum khususnya rakyat negeri itu. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 November 2013 9:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: