Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anwar dibenar cabar kesahihan Akta MKN

14 MAC: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang kini dalam tahanan untuk mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kerajaan, yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, tidak membantah keputusan hakim Zulkifli Makinuddin, yang merupakan Presiden Mahkamah Rayuan, Ahmad Maarop dan Azhar Mohamad.

Anwar, yang diwakili Gopal Sri Ram, memohon untuk Akta MKN diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan kerana diwartakan tanpa perkenan Majlis Raja-raja, keperluan yang ditetapkan Perlembagaan untuk membolehkan mana-mana usul diluluskan Parlimen.

Beliau turut mencabar akta tersebut, yang diwartakan pada 2016, atas alasan ia tidak mematuhi Perkara 19 Perlembagaan yang memantau undang-undang tahanan pencegahan dan memberi kuasa kepada Parlimen untuk meluluskan undang-undang menggantung kebebasan asas.

Anwar sebelum ini gagal mencabar akta tersebut di Mahkamah Tinggi pada 2016 dan di Mahkamah Rayuan pada November tahun lepas.

Mahkamah berkenaan berkata perkara itu harus dibawa terus kepada Mahkamah Persekutuan kerana ia mempersoalkan kecekapan badan perundangan Parlimen dalam menggubal pindaan tersebut.

Akta MKN dilaporkan tidak menerima persetujuan Majlis Raja-raja dan diwartakan tanpa pindaan, walaupun Persidangan Raja-raja menyebut ia mahu memperhalusi beberapa peruntukan.

Akta tersebut mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat dalam ‘kawasan keselamatan’, yang didakwa pengkritik kabur.

Ia juga memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk melakukan tangkapan dan melakukan pemindahan paksa dan menggunakan kekerasan yang mereka perlukan, dan juga mengecualikan ahli majlis dan mereka yang beroperasi di bawahnya daripada liabiliti dan pendakwaan undang-undang.

Putrajaya berkata undang-undang itu bertujuan untuk menangani keganasan tetapi pengkritik bimbang yang bahawa ia akan disalahgunakan untuk tujuan politik.

Anwar kini sedang menjalani hukuman selama lima tahun atas kesalahan liwat tetapi akan dibebaskan pada awal bulan Jun apabila menerima pengurangan hukuman satu pertiga secara automatik kerana berkelakuan baik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 2:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: