Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anwar dijangka mengadap Agong

16 MEI: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pada jam 12.30 tengah hari ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya sudah menerima surat mengenai kesudian Baginda menerima menghadap Anwar di Istana Negara.

“Pada 12.30 tengah hari nanti saya sendiri dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Anwar akan menghadap Sultan Muhammad V di Istana Negara. Ia selepas Anwar mendapat pengampunan.

“Surat berkenaan saya terima dan kami akan bergerak pada jam 11.30 dari sini,” katanya di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.

Anwar dipenjara lima tahun sejak 2015 selepas didapati bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya pada 2008.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 11:33 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: