Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anwar gesa Azmin bincang sebelum buat keputusan

19 MEI: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Menteri Besar Selangor Azmin Ali meneruskan perbincangan dengan PAS sebelum membuat keputusan muktamad mengenai nasib tiga EXCO parti Islam itu yang masih bersama kerajaan negeri.

Beliau berkata adalah penting bagi Azmin untukmelakukan hal demikian walaupun PAS sudah membuat keputusan untuk membatalkan hubungan politik dengan PKR.

“Kita perlu berbincang dan saya sudah meminta Azmin untuk meneliti perkara itu.

“Saya rasa perbincangan sedang diadakan petang ini,” lapor sebuah portal berita, Jumaat.

Anwar berkata demikian di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur ketika mengulas mengenai kedudukan tiga EXCO Selangor selepas Majlis Syura Ulama PAS yang meluluskan keputusan Muktamar parti itu untuk membatalkan hubungan dengan PKR.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 6:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]