Kategori Berita Utama

Anwar guna Twitter mohon sokongan di Mahkamah Rayuan

12 FEB: Perbicaraan bagi kes rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, akhirnya akan mula didengar di Mahkamah  Rayuan pagi Rabu.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan kali kedua beliau untuk mengetepikan Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya itu.

Sebelum itu, permohonan kali pertama Anwar untuk menyingkirkan Shafee ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas dan berikutan itu, beliau membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan, namun ditolak juga.

Mahkamah Rayuan hari ini akan mula mendengar rayuan pihak pendakwaan yang diketuai Shafee, berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang membebaskan dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Muhammad Shafee, seorang peguam kanan, dilantik oleh Peguam Negara secara “fiat” (kebenaran) mengikut seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengetuai pendakwaan di Mahkamah Rayuan.

Sementara itu Anwar yang mungkin resah dan tidak lena tidur sepanjang malam tadi dilihat “meluahkan perasaan” melalui akaun Twitternya.

Seolah tidak dapat menerima keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya mengetepikan Shafee Anwar membuat tiga komen mengenai peguam kanan itu di laman Twitternya.

Antara lain Anwar menuduh Shafee mempunyai kepentingan kerana beliau antara individu yang hadir ketika Saiful bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain mendakwa Shafee adalah penasihat bekas  perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau dipecat pada 1998, yang juga antara lain berkaitan kes liwat.

Selain itu, Anwar juga melalui siri posting Twitternya antara tengah malam sehingga awal pagi Rabu turut meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK), menantunya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim serta beberapa pihak lain agar hadir beramai-ramai di Mahkamah Rayuan pagi ini bagi memberi sokongan moral terhadap beliau.-bnbbc.my

Tweet Anwar menjelang perbicaraan

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2014 7:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: