Kategori Berita Utama

Anwar kata kenal Kapten Zaharie, Wan Azizah nafi

17 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu ketika berbahas di Dewan Rakyat mengakui mengenali juruterbang pesawat MH370.

Walaupun tidak menyebut nama, sudah tentu yang dimaksudkan Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Bagaimanapun, apabila Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan suaminya mengenali Zaharie, tentu ada yang bertanya, siapa yang berbohong.

Tidak mungkin Anwar berbohong di Dewan Rakyat mengenai perkara itu.

anwarcourtLagipun, Naib Presiden PKR, R Sivarasa pada sidang media Ahad, mengakui Zaharie adalah ahli PKR seumur hidup dan kerap bersama dalam aktiviti parti berkenaan.

Adakah Wan Azizah berbohongk?

Apapun, Presiden PKR yang kini calon PRK di Kajang menolak sebarang cubaan untuk mengaitkan misteri kehilangan pesawat  MH370 dengan Anwar.

Tegas Wan Azizah, sokongan politik Zaharie terhadap PKR tiada kaitan langsung  dengan kehilangan pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.

“Tak ada kaitan kalau nak dikaitkan (keahlian PKR),” katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Kajang, Isnin.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa Anwar tidak mengenali Zaharie secara peribadi.

“Saya musykil kenapa semua nak salahkan Anwar?” soal Azizah dalam nada kecewa dengan laporan media antarabangsa yang menjadi perhatian umum sejak Ahad.

Beliau mengulas mengenai laporan The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong ‘obsesif ‘ kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar yang berakhir dengan pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pakatan pembangkang cuba mempolitikkan isu kehilangan MH370,  Wan Azizah menyangkal dakwaan tersebut.

“Kita hanya persoalkan mengenai bagaimana kerajaan menangani isu ini.  Mana-mana kerajaan mesti berada dalam keadaan bersiap siaga untuk krisis udara,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2014 5:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: