Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anwar kekal penasihat ekonomi Selangor

11 FEB: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menegaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh.

Azmin berkata, Anwar masih mampu memegang jawatan itu dan boleh memberikan nasihat ketika menjalani hukuman.

“Mengapa dia tidak boleh memegang jawatan itu? Beliau boleh beri nasihat di mana sahaja dia berada dan kita masih mahu nasihat dari beliau.

azmin n anwar“Hukuman yang diterimanya tidak menjejaskan jawatannya sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor,” katanya selepas menyaksikan majlis tandatangan Perjanjian Antara Perspektif  Masa Sdn Bhd dan Perjanjian Pinjaman Antara MBSB dan CREC – Projek D’Rapport, Rabu.

Katanya, Anwar boleh memberikan nasihat melalui ahli keluarga atau keluarga yang datang melawatnya.

Beliau turut mengulas keputusan mahkamah berhubung kes fitnah terhadap Anwar semalam, tidak melemahkan semangat perjuangan Pakatan Rakyat.

“Keputusan itu sebaliknya menaikkan semangat kami untuk berjuang bagi mencari keadilan untuk rakyat negara ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azmin berkata kekosongan kerusi di Permatang Pauh, setakat hari ini masih belum dikosong.

“Kami tidak bincang mengenai calon untuk Permatang Pauh kerana kerusi itu belum kosong sehingga hari ini,” katanya.

Beliau turut mendapat amanat terakhir Anwar untuk pimpinan dan parti untuk meneruskan perjuangan dan jangan khuatir dengan kezaliman yang ditanggungnya.

“Anwar berkata itu adalah sumbangan kecil beliau untuk perubahan dalam negara dan ini memberikan sokongan serta dorongan kepada pimpinan.

“Tindakan Anwar yang bersedia untuk dipenjarakan menyebabkan kami di luar ini perlu memainkan peranan besar untuk meneruskan perjuangan beliau,” katanya.

Semalam, Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya bersabit kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 7:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: