Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anwar kembali terima rawatan

18 MEI: Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan meneruskan rawatannya di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR yang juga anak sulungnya, Nurul Izzah kepada media.

“Anwar mengalami kesakitan pada bahu.

“Jadi beliau berada di Hospital Rehabilitasi Cheras bagi menjalani fisioterapi ketika ini,” katanya.

Anwar mengalami kecederaan kecil di bahagian bahu kanannya selepas kenderaan Jabatan Penjara yang membawanya pulang ke Penjara Sungai Buloh terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 22 September 2017.

Beliau perlu menjalani fisioterapi sejak menjalani pembedahan November lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 4:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: