Kategori Berita Utama

Anwar perlu Mat Taib untuk pujuk PAS

13 FEB : Tidak seronok berkempen tanpa janji atau gula-gula politik dan Datuk Seri Anwar menjanjikan akan menggunakan khidmat bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib membantu beliau dalam pembangunan desa di Selangor selepas PRK DUN Kajang.

Pelawaan beliau segera disambut Muhammad yang melihat tidak mustahil Anwar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

“Politik itu adalah the ‘art of possible’. Tiada apa yang mustahil dalam politik,” katanya.

Malah, Muhammad memberitahu The Malaysian Insider, beliau sedia membantu jika khidmatnya diperlukan.

Anwar n Mat Taib

Anwar mungkin harap peranan Mat Taib

Muhammad yang turut dikenali sebagai “Mat Tyson” atau Mat Taib dalam arena politik negara mengumumkan menyertai PAS menjelang  PRU13.

Beliau melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.

Muhammad adalah menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 sebelum digantilkan Tan Sri Abu Hassan Omar.

Mungkin tidak salah Anwar untuk memanggil sesiapa sahaja membantu beliau selepas jadi Menteri Besar.

Cuma dengan membuat tawaran dan pengumuman itu ketika kempen beliau untuk memenangi PRK DUN Kajang tidak lebih kepada niatnya yang sebenar untuk ‘memenangi hati’ PAS yang sudah dilukai kerana merancang Serampang Kajang tanpa pengetahuan sekutunya itu termasuk DAP.

Sebelum ini, Anwar dilihat tidak bermasalah menang di Kajang tetapi dengan cerita beliau ingin membawa Mat Taib ke dalam pentadbiran negeri, ini membayangkan beliau mungkin berdepan kepayahan apabila PAS tetap bertegas jika soal menteri besar berbangkit selepas ini mereka mahu menuntut jawatan tersebut.

Barangkali dengan memilih Mat Taib, Ketua Pembangkang itu boleh berharap bekas Naib Presiden UMNO itu memujuk pemimpin-pemimpin PAS menyokong pelantikan Anwar sebagai Menteri Besar.

Sekadar memulangkan semula kata-kata Mat Taib :”Politik itu adalah the ‘art of possible’. Tiada apa yang mustahil dalam politik”.

Memang kebiasaan Anwar cuba mencari pemimpin-pemimpin ‘recyle’ seperti Tn Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng dan Dr Tan K. Wong  daripada UMNO dan MCA malah beberapa orang pemimpin Gerakan bagi membuktikan beliau seorang pemimpin yang utuh dan dipercayai kawan mahupun parti lawan.

Walaupun Mat Taib tidak menyertai PKR,  persoalannya adakah pemimpin-pemimpin PAS akan menerima pujukan beliau supaya parti itu menerima Anwar sebagai Menteri Besar?

Mengenali Anwar, kebiasaannya beliau banyak yang tersirat daripada tersurat. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2014 4:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: