Kategori Berita Utama

Anwar perlu mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

23 NOV: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana dakwaan beliau kononnya lebih 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu telah menimbulkan kecelaruan hingga mendatangkan kesulitan kepada pengundi tertentu.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata orang ramai terkeliru dengan dakwaan Anwar itu dan ada yang percaya sehingga menyebabkan kesulitan kepada pemilih tertentu untuk mengundi pada PRU-13, 5 Mei lalu.

Dakwaan yang dibuat Anwar mengakibatkan ada rakyat Malaysia yang dilayan dengan buruk pada hari mengundi - Datuk Mah Siew Keong.

Dakwaan yang dibuat Anwar mengakibatkan ada rakyat Malaysia yang dilayan dengan buruk pada hari mengundi – Datuk Mah Siew Keong.

“Dakwaan seperti ini mempengaruhi ramai orang dan ramai rakyat Malaysia dilayan secara tidak adil pada hari pengundian…mereka dimarahi hanya kerana warna kulit mereka lebih gelap dan mereka dituduh sebagai warga Bangladesh.”

“Anwar sebagai pemimpin pembangkang yang bertanggjungjawab perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana dakwaan seperti ini telah menjejaskan keputusan pilihan raya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat parti itu di Menara PGRM, Cheras pada Sabtu.

Anwar baru-baru ini menafikan ada membuat dakwaan sedemikian, namun banyak media, baik media arus perdana mahupun media sosial, termasuk yang pro-pembangkang melaporkan membuat kenyataan berkenaan.

Malah terdapat beberapa rakaman video yang menunjukkan Anwar mengulangi tuduhan itu di beberapa lokasi atau dalam majlis berbeza.

Dalam sidang media yang sama, Mah mengumumkan senarai anggota Jawatankuasa Pusat parti Gerakan bagi penggal 2013-2016.

Mereka ialah Naib Presiden, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Tan Sri Liew Yun Fah dan Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Manakala Setiausaha Agung ialah Liang Teck Meng, Bendahari, Datuk Lim Si Pin dan Setiausaha Penganjur, Lau Hoi Keong.

Sementara Anggota Jawatankuasa Pusat terdiri daripada Datuk Gordon Leong, Au Kam Wah, Dr Lee Chee Peng, Teng Chang Yeow, dan Datuk Yap Kea Ping.-BNBBC.my

ANTARA laporan yang memetik kenyataan Anwar dalam sidang Media pada 2 Mei lalu.

ANTARA laporan yang memetik kenyataan Anwar dalam sidang Media pada 2 Mei lalu.

anwar PC Anwar

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 November 2013 6:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: