Kategori Berita UtamaPRK DUN Kajang N25

Anwar tak berani ‘usik’ Mei Fun khuatir hilang undi Cina

25 FEB: Selepas empat hari Datin Paduka Chew Mei Fun diumum bertanding di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum berani  ‘mengusik’ calon Barisan Nasional (BN) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassn pada Jumaat lalu. 

Ketua Pembangkang itu hanya bertanding dengan Naib Presiden MCA tanpa maki hamun sebaliknya menegaskan akan terus mendedahkan penyelewengan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya.

Menurut Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyanti Shamsudin, Anwar gentar untuk memburuk-burukkan calon MCA itu kerana khuatir beliau hilang sokogan dan undi kaum Cina di kawasan itu. 

puterimeifun

Ermieyanti bersama Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Chei Mei Fun dalam program bersama rakyat di Kajang, Ahad.

“Dan dengan komposisi yang ada di Kajang sekarang, tidak mustahil Anwar boleh hilang undi dan kepercayaan orang Cina sekiranya dia serang calon kita (BN),” katanya kepada bnbbc.my. 

Chew diumumkan sebagai calon BN di DUN Kajang pada PRK 23 Mac nanti. 

Chew adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Ketua Wanita MCA dan juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Pemilihan Chew selaku calon bagi menetang  Anwar dilihat sebagai percaturan yang bijak dan strategik bagi memastikan agenda Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor bakal terhalang.

“Saya yakin kali ini kita (BN) boleh ubah komposisi pengundian, saya sangat yakin dan positif berkenaan perkara ini, ini adalah sebab calon yang kita ketengahkan adalah calon yang paling layak dari parti komponen kami, MCA. 

“Sokongan di peringkat akar umbi akan berubah,” kata Ahli Parlimen Masjid Tanah itu lagi. 

Sementara itu, diminta mengulas kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel)yang  memberi gambaran penduduk di Kajang menginginkan Anwar sebagai Menteri Besar, Ermieyanti berkata jenis politik sebegini jauh berbeza dengan cara berpolitik BN.. 

“Inilah politik mereka (PR), semua benda ada agenda (dalam kes PRK, Anwar ingin jadi MB, Khalid akan mempertahankan kedudukannya sebagai MB), lepas itu bila ada yang tak kena mulalah keluar macam-macam.  Sebab mereka beragenda, bukan buat untuk rakyat. 

“Saya harap sangat rakyat dapat buka mata dan hati dengan permainan pembangkang ini, sampaikan satu tahap saya sendiri boleh tergelak lihat perbalahan antara mereka, rakyat harus bijak menilai,” tegasnya.

Namun, kajian itu ditolak mentah-mentah oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyifatkan kajian itu tidak menggambarkan kehendak keseluruhan pengundi PRK Kajang juga memutarbelitkan keinginan rakyat-bnbbc.my. 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 February 2014 8:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: