Kategori Berita Utama

Anwar terpaksa berdepan Nallakarupan dan 20 bekas rakan karib

5  FEB: Jika muktamat Datuk Seri S.Nallakarupan menentang bekas rakan karibnya  Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang, ini bermakna Ketua Pembangkang itu dalam masa sama tterpaksa berdepan dengan 20 orang bekas pemimpin dan pengasas PKR yang akan membantu kempen Nalla.

pcnalla

Ng dan Nallakarupan dalam sidang media umum mahu bertanding dalam PRK Kajang menentang Anwar

Ini sekaligus menjadi perang besar Anwar dengan mereka yang pernah bersama susah senang dengan beliau malah ada antaranya bekas kumpulan pemikir dalam PKR.

Menurut pengasas PKR, Ng Lum Yong, beliau sudah berjumpa dan berbincang dengan 20 orang tersebut dan mereka bersetuju turun ke Kajang berkempen membongkar wajah sebenar ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

“Saya sudah dapat menghubungi 20 orang pengasas PKR. Mereka sudah bersetuju dan menyokong penuh.

“Selain itu, kita juga akan bawa bekas-bekas penyokong PAS, DAP dan PKR untuk turun membantu kempen di PRK Kajang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir sidang media pengumuman Nallakaruppan yang menawarkan diri untuk bertanding dalam PRK Kajang.

Nalla  yang juga merupakan Presiden Malaysia India United Party (MIUP) meminta supaya kepimpinan Barisan Nasional (BN) memberi beliau ruang untuk bertanding dengan tidak meletakkan sebarang calon lain.

“Saya calon terbaik untuk mencabar Anwar. Saya ingin berkongsi dengan pengundi Kajang semua rahsia beliau. Rahsianya ada di dalam poket saya,” kata Nallakaruppan dalam sidang medianya, Selasa.

Beliau juga turut menggesa Anwar meletak jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh dan beliau juga akan bertindak sedemikia dengan melepaskan jawatannya sebagai Senator.

Difahamkan antara yang akan membantu kempen beliau adalah Datuk Zulkifli Noordin, Senator Ezam Mohd Noor, Anuar Shaari dan Zahid Mat Arip.

Mereka ini cukup rapat dengan Anwar ketika bersama-sama dalam PKR dan Anwar masih timbalan Perdana Menteri sebelum digugurkan ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad  sebagai Perdana Menteri. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 February 2014 6:27 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: