16 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat pengampunan Yang di Pertuan Agong hari ini menegaskas bahawa beliau tidak mempunyai sebarang dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Beliau sebaliknya mahu supaya Najib menjawab segala dakwaan yang dilemparkan bekas Perdana Menteri itu berhubung isu salah guna kuasa dan rasuah dalam kepimpinannya.

“Saya tidak menyimpan sebarang perasaan benci peribadi, saya tidak mahu isu Anwar dipenjarakan dijadikan isu yang dibuat untuk menentangnya.

“Tetapi isu ketidakadilan terhadap rakyat, jenayah yang dilakukan terhadap rakyat, gejala rasuah yang menjadi budaya di negara ini, dia (Najib) harus jawab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas sebaik menerima pengampunan diraja Sultan Muhammad V, di kediaman rasminya di Segambut di sini, hari ini.

Anwar dihukum penjara lima tahun pada 2015 selepas didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, sebaik Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) minggu lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipilih sebagai Perdana Menteri bersetuju memohon pengampunan diraja bagi membebaskan Anwar.

Share This:

Share



DiKemaskini 16 May 2018 8:05 PM



UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]