Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anwar tidak nafi ada bincang tukar MB

24 MAC: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan adanya perbincangan berkenaan pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor dengan pemimpin lain.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen berkata bahawa perbincangan mengenai perkara itu dijalankan di peringkat negeri sebagai susulan kepada Kajang Move yang gerakkan PKR pada PRK Kajang.

“Yang itu dia orang bincang di Selangor. Hari ini dia (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ) terus pergi ke Kajang. Ini memang Kajang Move,” kata Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

khalidmb

Khalid…kedudukan Menteri Besar terus jadi  isu

Isu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah agenda utama Kajang Move dengan Anwar diuar-uarkan mengambil alih tempat Khalid.

Bagaimanapun, kerusi DUN Kajang ditandingi Wan Azizah menewaskan calon BN Chew Mei Fun dengan majoriti 5379 pada pengundian Ahad.

Beliau beberapa lalu membayangkan Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar.

Namun, selepas kemenangannya diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut berkata bahawa Wan Azizah merupakan calon yang sesuai bagi menjawat jawatan itu menggantikan Khalid..

Menurut Azmin, Wan Azizah berpengalaman sebagai Presiden PKR dan juga sebagai ketua Pembangkang wanita dalam sejarah politik negara.

Beliau juga yakin Azizah boleh menggalas tanggungjawab selaku Menteri Besar bersandarkan pengalamannya yang pernah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2014 4:06 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: