Kategori Berita Utama

Anwar ulangi akui kenal dan pernah bertemu Kapten Zaharie

18 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa sekali lagi mengakui mengenai Kapten Zaharie Ahmad Shah dan bertemu juruterbang pesawat MH370 itu. Anwar berkata, beliau bertemu dan mengenali Zaharie ketika juruterbang itu menghadiri majlis-majlis yang diadakan oleh PKR. Dalam sidang media di Lobi Parlimen, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu, beliau mempunyai hubungan yang baik dengan sesiapa sahaja.

zahariemh370

Zaharie turut kenal Sivarasa

“Saya nak jelaskan, saya tak nafikan bahawa pernah bertemu dia (Zaharie) dalam majlis-majlis parti Keadilan. Beliau juga kenal baik dengan R. Sivarasa tapi lebih daripada itu saya tidak ada hubungan. Saya orang yang tidak akan nafikan jika saya ada hubungan baik dengan sesiapa,” katanya. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini menafikan bahawa suaminya itu mengenali Zaharie dalam ceramahnya sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang. Kenyataan ini jelas  bertentangan dengan pengakuan Anwar di Dewan Rakyat, Khamis lalu yang mengakui bahawa beliau mengenali juruterbang pesawat berkenaan. Dalam sidang media itu, Anwar berterusan menuduh UMNO  bertanggungjawab mempolitikkan isu ini apabila mengaitkan beliau dengan misteri kehilangan pesawat tersebut. ” Untuk cuba dikaitkan dan dipolitikkan tidak sihat, kita kena bagi ruang dan hormat hak keluarganya dalam keadaan susah ini dengan mendoakan dan jangan mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif, menghukum sebelum mengadakan siasatan.

anwarpaknon

Anwar pertikai cara kerajaan tangani isu MH370

“Jadi, saya amat kesal beberapa puak UMNO ini seolah-olah cuba kaitkan perkara tidak baik dilakukan kapten terbabit,” ujarnya. Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menyelar kerajaan dalam usaha misi mencari dan menyelamat (SAR) 239 penumpang MH370 yang dijalankan sejak Ahad lalu. Anwar turut menyelar cara kerajaan menangani insiden tersebut. “Satu dunia sehinggakan media Hong Kong menggelar kita menipu, kerajaan China memberi teguran yang keras, Vietnam mengugut tak mahu membantu. “Cara dikendali, cara pengurusan, bolosnya ruang udara, keselamatan, pasport, imegresen itu harus dijawablah,” katanya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 March 2014 4:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: