Kategori PRK DUN Kajang N25Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Anwar kecut cabaran Zaid berdebat?

25 FEB: Bakal calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan melayan cabaran bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu berdebat dengannya.

“Ia bukan dalam program saya,” antara alasan yang diberikan Anwar bila ditanya tentang cabaran Zaid yang turut menyatakan hasrat bertanding menentang Ketua Umum PKR itu di PRK DUN Kajang.

anwar dan zaid(m)Zaid mencabar bekas bosnya berdebat di Kajang kerana mahu tahu mengapa Anwar merasakan dirinya lebih baik bagi mengambil-alih jawatan Menteri Besar Selangor yang kini dipegang oleh Tan Sri Khalid Khalid Ibrahim.

“Saya mahu berdebat untuk menutup segala-galanya. Personaliti. Dasar. Konsisten. Integriti. Mari kita meneliti. Supaya kita boleh selesaikan perkara ini,” cabar Zaid.

Menurut Zaid yang juga bekas Naib Presiden PKR, Anwar belum menyambut cabarannya, lantaran beliau mengandaikan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu tidak berani berentap secara berdepan, kecuali berselindung di sebalik media sosial untuk menghentamnya.

“Kalau dia (Anwar) takut (berdebat), tidak bolehlah jadi pemimpin (bertaraf) dunia. Saya bukan buat kenyataan gimik, debat ini untuk beri peluang kepada rakyat Selangor mendapat penjelasan.

“Kenapa dia nak bertanding di Kajang? Kenapa Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mahu ditukar? Kenapa tiada perbincangan dengan PAS selaku rakan pembangkang. Banyak isu boleh dibahaskan?

“Perdebatan ini bukan nak tunjuk saya hebat, sebab dia (Anwar) memang hebat, suka cakap pusing-pusing, gambarkan saya tidak boleh dipercayai. Saya bersikap terbuka dan menunggu keputusannya (terima cabaran debat),” Zaid menegaskan.

Anwar turut mengemukakan alasan bahawa cabaran utama dalam PRK DUN Kajang adalah calon Barisan Nasional (BN) dan bukannya Zaid.

Kenyataan itu disifatkan pelik, kerana kata Zaid Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai orang lama dalam politik sepatutnya lebih dari tahu siapa dan berapa lamai lawannya  di PRK Kajang bukan di bawah kuasa beliau untuk menentukannya.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 February 2014 10:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: