Kategori Berita Utama

Apa pembaharuan bajet 2018 pembangkang?

25 OKT: Dalam pada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghina pelaksanaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai pemberian dedak, akhirnya Pakatan Harapan terpaksa mengakui bahawa dasar kerajaan Persekutuan itu memberi impak positif dalam meringankan beban rakyat.

Perkara ini adalah susulan peluncuran Bajet Alternatif 2018 oleh gabungan pembangkang itu pada hari ini di bangunan Parlimen yang tidak menghapuskan pemberian tersebut.

Berdasarkan kandungan buku bajet alternatif itu, pembangkang mula tersedar bahawa pemberian BR1M memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan,

Tindakan itu jelas menolak kenyataan terdahulu Dr Mahathir yang menyifatkan pemberian BR1M sebagai dedak dan rasuah kepada rakyat Malaysi untuk terus mengekalkan UMNO dan BN sebagai pemerintah kerajaan.

Sebaliknya, pembangkang turut menyedari bahawa isu BR1M tidak harus dipolitikkan, tetapi lebih kepada memberi manfaat kepada rakyat.

Selain itu, melihat aspek pendidikan awam, bajet mereka mendedahkan berkenaan pendidikan percuma hanya diberikan kepada para pelajar selepas 10 tahun mereka memerintah.

Bagaimanapun perubahan itu dibuat bergantung kepada kajian yang dilaksanakan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  (depan, kanan) bersama pimpinan pembangkang selepas pelancaran Belanjawan Alternatif Malaysia 2018 di Parlimen.

Sekali lagi, ia seperti tidak akan dilaksanakan Pakatan Harapan jika menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, namun seperti biasa mereka hanya menjanjikan perkara yang tidak pasti kepada rakyat.

Jika benar ingin memberi pendidikan percuma kepada pelajar, bagaimana janji kerajaan Selangor kini di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih gagal memberi pendidikan percuma di Universiti Selangor (Unisel) kerana sehingga hari ini, para pelajarnya dikatakan tetap membayar yuran pengajian seperti biasa.

Ini bermakna perkara yang sama turut berulang dimana rakyat hanya akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburi jika pembangkang memerintah negara.

Mengenai pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pada 2012 pembangkang pernah berjanji untuk memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi dan serentak dengan itu akan menghapuskan pinjaman berkenaan.

Namun, dalam bajet alternatif kali ini, pembangkang  seperti lupa dengan janji mereka dahulu sekaligus menjelaskan bahawa PTPTN akan dikekalkan serta disusun kembali mengikut kadar pendapatan.

Dalam hal ini, pihak pengurusan PTPTN sebenarnya sudah membuat pelbagai langkah bagi membolehkan peminjam membayar balik dengan kadar bayaran minimum setiap bulan.

Antaranya sistem penstrukturan semula, sistem Ujrah, bayaran keseluruhan dengan menggunakan akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan diskaun yang diberi jika membuat bayaran penuh.

Apa pembaharuan yang akan dibuat pembangkang jika kesemua perkara ini sudah dilaksanakan kerajaan terlebih dahulu?

Bagaimanapun tahniah diucapkan kepada pembangkang yang telah meluncurkan Bajet Alternatif 2018 hari ini dengan isu kandungan dan kulit buku yang lebih ‘berkualiti’.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 October 2017 4:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: