Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Apa pendirian Dr. Mahathir, Muhyiddin, Anwar isu UEC?

12 MAC: Ahli parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng mempersoal pendirian bekas-bekas menteri yang dahulunya menentang Sijil Peperiksaan Bersepadu atau Unified Examination Certificate (UEC), namun kini telah menyertai pembangkang.

Bekas menteri tersebut adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada 10 Januari 2018, Pagoh (Muhyiddin) menyatakan pendirian walaupun PH memerintah, tetapi beliau tidak akan mengiktiraf UEC, ini dari Pagoh. Sebelum itu Tun Mahathir, lagi seorang dari Anwar Ibrahim, sehingga mencetuskan Operasi Lalang 1987, ramai pemimpin ditangkap di bawah ISA, dan surat kabar Sin Chew Daily ditutup ketika itu.

“3 mantan pendidikan tiga-tiga mereka bersama dengan DAP mahu iktiraf UEC? ada lagi 1 kilometer iktiraf UEC, apa yang dimaksudkan? Adakah mendokongan dokumen UEC?” soalnya ketika membahaskan titah Agong Sultan Muhammad V, di Dewan Rakyat, Isnin.

Silibus UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML), Vokasional (UEC-V), Menengah Tinggi atau Senior Middle (UEC-SML) dimana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin.

UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan.

Hujah Dong Zong bahawa UEC diiktiraf oleh pusat pengajian tinggi luar negara seperti Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak relevan dengan senario di Malaysia.

Ia akan mengakibatkan jurang perbezaan kaum melebar.

“Dulu Dong Zong diarahkan tidak menjalankan UEC, waktu itu beranggapan UEC menjejaskan perpaduan rakyat dan ia bkan dalam sistem pendidikan Negara, dan ia juga menggugat lagi tindakan undang-undang,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 March 2018 5:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: