Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Apa yang Soi Lek dan Chin Tong bincangkan?

19 MAC: Perjumpaan bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek  dengan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong di Kluang pada 9 Mac lalu menimbulkan persoalan serta spekulasi tertentu.

Oriental Daily hari ini melaporkan pertemuan kedua-dua pemimpin Cina itu menerusi sebuah foto yang diambil dalam sebuah restoran di daerah itu.

Ia menjadi menarik susulan Chin Tong diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan untuk menentang Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong di parlimen Ayer Hitam.

Ka Siong diketahui tidak sehaluan dengan Soi Lek dan ini terbukti apabila dalam pemilihan parti pada Disember 2013, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu bersama Datuk Seri Tiong Lai dalam satu pasukan.

Sebelum itu, Ka Siong pernah berada dalam kem bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Kiat semasa memegang jawatan Ketua Pemuda MCA sekitar 2008 hingga 2013.

“Mereka adalah dua ahli politik berpengaruh daripada parti berlainan.

“Apa rahsia yang sedang mereka bincangkan?” petik laporan itu.

Namun, laporan itu menyebut, kedua-duanya berkata pertemuan itu adalah secara kebetulan.

“Apa salah bagi dua sahabat berjumpa dan saling menyapa?” kata Soi Lek yang juga bekas Ahli Parlimen Labis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 March 2018 9:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: