Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Apabila majistret jadi Ahli Parlimen

Jika selama ini barisan Ahli Parlimen Pembangkang berbangga dengan beberapa peguam yang menjadi “hulubalang” mereka ketika berbahas di Parlimen, pada Khamis  seorang bekas majistret yang kini ahli Parlimen Setiu memasuki gelanggang perbahasan.

Berbekalkan pengalaman selaku majistret, Che Mohamad Zulkifly Jusoh, bangkit membahaskan pindaan kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Security Offences (Special Measures) Act – ringkasnya SOSMA.

Beliau memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat mengenai maksud pindaan SOSMA.

Dari mahkamah ke Dewan Rakyat...Ahli Parlimen Setiu, Cik Mohamad Zulkifly Jusoh membahaskan SOSMA pada Khamis

Dari mahkamah ke Dewan Rakyat…Ahli Parlimen Setiu, Cik Mohamad Zulkifly Jusoh membahaskan SOSMA pada Khamis

“Sosma ni sebenarnya hanyalah satu Undang-undang berbentuk prosedur. Jadi kita perlu masukkan kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan mengancam keselamatan negara. Chapter (Fasal) 6B kebanyakannya adalah berkenaan jenayah terancang dan juga pengganas yang difikirkan mengancam negara sahaja perlu dimasukkan daripada semasa ke semasa,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Che Mohamad Zulkifly berkata, rakyat tidak perlu takut dengan dakyah kononnya SOSMA akan disalahgunakan untuk menyekat kebebasan, hak asasi dan sebagainya.

Pihak pembangkang juga, ujar beliau tidak perlu gusar jika tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah, ataupun terbabit dalam aktiviti jenayah terancang yang mengancam keselamatan negara.

“Jadi saya tidak tahulah apa sebenarnya di sebalik penentangan terhadap kemasukan fasal 6b dan 3a. Adakah kita fikir dengan kemasukan dua chapter ini bermakna semua orang akan ditangkap, semua orang akan dituduh. Kita perlu lihat (kaji) kerana ataupun ada sebab lain. Sebab lain yang kita katakan sama ada sesetengah daripada mereka ini dibiayai oleh kumpulan-kumpulan (jenayah terancang) ini. Kita kena pastikan,” soal beliau.

Soalan itu menyebabkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bingkas bangun mendakwa hujah Cik Mohamad Zulkifly adalah satu bukti SOSMA akan disalahguna untuk menuduh pembangkang bersekongkol dengan organisasi jenayah terancang.

Namun, tuduhan Khalid dibidas ahli Parlimen Setiu itu.

“Ini satu lagi masalah. Apa yang saya cakap dimanipulasikan. Saya nak bagi tahu bahawa bukan semua undang-undang dibuat untuk menghukum atau menangkap. Maksud saya begitu. Maknanya kerisauan di pihak sana tu (pembangkang) adakah kerana sesetengah kumpulan jenayah terancang ini memberi apa-apa yang perlu atau membiayai maksud saya membiayai? Kalau ya ataupun tidak itu maksud saya. Adakah kerana mereka ini membiayai jadi ketakutan timbul di sebalah sana.”

“Saya nak bagi tahu, Shah Alam, saya nak bagi tahu, soalan saya adakah Shah Alam takut, kerana pihak Shah Alam atau orang lain (di kem pembangkang) dibiayai? Itu soalan saya,” tegas Cik Mohamad Zulkifly.

Melihat gelagat pembangkang yang masih tidak faham, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin bangun mencelah.

Zahidi menyimpulkan pakatan pembangkang berpura-pura tidak faham SOSMA disasarkan kepada akiviti jenayah yang boleh ,mengancam keselamatan negara.

“Saya berpendapat di sini bahawa mereka ini (pembangkang) lebih tumpukan kepada  demonsrasi. Jadi pada pendapat saya betullah mereka ini bercita-cita nak buat demonsrasi, atau kerana mahun menyuruh kawan-kawan mereka buat demonsrasi. Jadi mereka membangkang SOSMA ini kerana adalah salah satu sebabnya nak menyertai demonstrasi. Jadi betullah tu,” kata Zahidi.-24/10/2013

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 October 2013 7:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: