Kategori Berita Utama

Apakah Anwar makin tersepit mahu dialog dengan BN?

6 DIS :  Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba sekali lagi mengulangi kesediaan pembangkang untuk mengadakan dialog dengan Barisan Nasional (BN) selepas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di di Perhimpunan Agung UMNO, Khamis.

Ketua Pembangkang itu pada 19 September lalu, pernah menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan BN itu.

“…parti ini tidak akan pernah jemu untuk menghulurkan salam perpaduan dengan mana-mana parti politik,” kata Anwar dalam satu kenyataan ringkas Jumaat.

Menurut Anwar, mereka sekali lagi mengulangi kesediaan serta mengambil sikap terbuka untuk mengadakan perbincangan ke arah kepentingan bangsa dan politik baru.

anwar1

Anwar sekali lagi ajak BN berdialog

Sekali imbas, kenyataan ahli Parlimen Permatang Pauh ini mungkin menggambarkan hanya kesediaan beliau untuk berdialog dengan BN.

Ini kerana kenyataan itu dibuat bukan oleh Majlis Pakatan Rakyat yang disertai PKR, DAP dan PAS.

Memang betul, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS akhir bulan lalu menyatakan kesediaan bermuzakarah isu-isu berkaitan Islam dengan UMNO tetapi ianya barangkali mewakili parti tersebut bukannya pakatan rakyat.

Persoalannya, adakah Anwar mendapat restu pemimpin DAP dan PAS sebelum membuat kenyataan sedia berdialog dengan BN?

Jika beliau serius dan ikhlas, Anwar patut mengeluarkan kenyataan bersama sekutunya berhubung perkara tersebut.

Andai tidak, kenyataan Anwar itu tidak lebih ingin menangguk di air keruh ketika UMNO sedang mengadakan perhimpunan ketika ini.

UMNO mahupun BN perlu berhati-hati dengan pujukan Anwar ini kerana beliau kini ibarat orang tersepit kerana rakyat yang menyokong pembangkang sudah mula kecewa dan hilang kepercayaan kepada pembangkang yang gagal menawan Putrajaya pada PRU 13.

Mereka tahu, janji dan pujukan Anwar terhadap rakyat akan sunyi sepi selepas ini kerana PRU 14 masih jauh manakala Ketua Umum PKR itu sendiri berdepan kes liwat yang akan diteruskan perbicaraan tidak lama lagi.

Justeru itu, kenyataan ulangan Anwar mahu berdialog atau bekerjasama dengan BN hanya ibarat enau melepaskan pucuk masing-masing. – bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2013 1:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: