Kategori Berita Utama

Apandi lancar garis panduan guna senjata api

21 JULAI: Dewan Peguam Negara hari ini melancarkan garis panduan mengenai penggunaan senjata api oleh pegawai bersenjata mengenai tugas dari agensi penguatkuasaan.

Digelar “Garis Panduan Penggunaan Senjata Api (On-duty) 2017”, garis panduan baru itu dilancarkan oleh Peguam Negara Mohamed Apandi Ali selepas lapan bulan persiapan.

Apandi berkata garis panduan baru itu akan melengkapkan garis panduan agensi-agensi yang sudah mempunyai garis panduan sendiri.

Ia juga susulan daripada arahan yang dikeluarkan pada Disember 2016.

“Pada Disember 2016 yang lalu saya telah mengarahkan bahagian pendakwaan, Jabatan Peguam Negara untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji semula tatacara penggunaan senajata api sedia ada yang digunakan oleh agensi penguatkuasa di Malaysia.

“Hasil daripada kerjasama semua agensi penguatkuasaan yang berkenaan, kita telah berjaya menyediakan suatu Garis Panduan Penggunaan Senjata Api oleh Pegawai Penguakuasa 2017. Garis Panduan ini adalah penambahan daripada garis panduan senjata api yang sedia ada digunapaki oleh agensi-agensi penguatkuasa.

“Sememangnya tugas sebagai anggota penguatkuasa di dalam mana-mana agensi dipenuhi dengan pelbagai cabaran, justeru usaha ini adalah merupakan satu cara  jabatan ini menzahirkan rasa terima kasih kepada anggota penguatkuasaan yang sedia bertugas demi memastikan undang-undang dipenuhi sewajarnya,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama berharap agar garis panduan tersebut dapat membantu semua pihak dalam memastikan suatu pendekatan yang konsisten diambil dalam soal penggunaan senjata api.

“Garis panduan itu hanya menitik beratkan cara penyimpanan senjata api dengan baik supaya tidak langgar akta senjata api, isu log in key, dan sebagainya cara mengawal dan rekod serta lain-lain, tentang operasi sebenar penggunaan senjata api yang dibekalkan lagsung itu tidak ada,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama Apandi yang pada Julai ini genap dua tahun menjadi Peguam Negara berkata kekuatan beliau selama ini untuk menegakkan keadilan adalah datang daripada sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak.

“Setiap kali tarikh keramat ini menjelang ia menginsafkan saya betapa beratnya amanah dan tanggungjawab yang saya pikul demi kepentingan negara,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 July 2017 6:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: