Kategori Berita Antarabangsa

Arab Saudi-AS metrai RM475 bilion perjanjian senjata

22 MEI: Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi menandatangani perjanjian senjata bernilai hampir AS$110 bilion (RM475 bilion) pada hari pertama lawatan Presiden Donald Trump ke negara itu.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson berkata, pakej perkhidmatan dan peralatan pertahanan itu akan menyokong keselamatan jangka panjang negara arab itu serta seluruh negara Teluk, lapor al-Jazeera.

Sementara itu, Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir menyifatkan ia sebagai hari bersejarah yang akan menjadi titik permulaan hubungan antara AS dan negara Islam.

“Ia adalah sebahagian daripada siri perjanjian perdagangan lebih luas.

Jumlah nilai pelaburan itu adalah lebih AS$380 bilion (RM1.6 trilion) yang akan mewujudkan ratusan ribu peluang pekerjaan di Riyadh dan Washington,” jelasnya.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 May 2017 10:55 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: