Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Arab Saudi tawar biasiswa kepada pelajar Malaysia

4 APRIL: Kerajaan Arab Saudi menawarkan biasiswa kepada 300 pelajar Malaysia terpilih yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2017 untuk melanjutkan pengajian ke negara itu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata selain meringankan bebanan kewangan pelajar, ia turut membuktikan hubungan erat antara kedua-dua negara.

“Biasiswa tersebut merangkumi pembiayaan insurans perubatan, perumahan, tiket penerbangan pergi dan balik setiap tahun dan elaun bulanan.

“Pemberian biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Arab Saudi berikutan kos pengajian dan sara hidup yang tinggi di sana,” katanya di Kedutaan Arab Saudi, ibu kota, Rabu.

Sementara itu, Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saeed Qattan berharap tawaran biasiswa kepada pelajar Malaysia itu akan terus mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

“Kita menawarkan biasiswa untuk semua bidang pengajian kecuali jurusan perubatan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 April 2018 10:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: