Kategori Ekonomi

Arul Kanda kekal CEO 1MDB

15 MEI: Arul Kanda dikekalkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan turut terbabit dalam pembangunan ikonik Tun Razak Exchange (TRX), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya yakin sepenuhnya terhadap beliau,” katanya pada hari terakhir Forum Jalur dan Laluan Untuk Kerjasama Antarabangsa, Beijing.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, Arul Kanda menunjukkan kepimpinan yang bagus bagi keputusan rasionalisasi 1MDB dan beliau akan terus bersama syarikat itu.

Sementara itu tanggungjawab bagi projek pembangunan Bandar Malaysia digalas oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

“Namun, Tan Sri Irwan akan berbincang dengan Arul Kanda mengenai pembangunan masa depan Bandar Malaysia,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 May 2017 10:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: