Kategori Berita Antarabangsa

AS dedah rejim Assad bakal lakukan serangan kimia

27 JUN: Presiden Syria, Bashar al-Assad dipercayai sedang bersiap melakukan serangan senjata kimia yang pernah menyebabkan ramai orang awam terkorban sebelum ini.

Dalam satu kenyataan, Washington memberi amaran bahawa negara itu bakal berhadapan masalah sekiranya kerajaan Syria bertindak sedemikian.

Presiden Syria Bashar al-Assad.

Selain itu, Rumah Putih turut mendedahkan persiapan yang dilakukan rejim Assad adalah menyamai insiden serangan senjata kimia di bandar dikuasai pemberontak pada April lalu.

Susulan serangan itu, tentera Amerika Syarikat (AS) turut melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap pangkalan udara Syria iaitu lokasi di mana serangan kimia itu dilancarkan beberapa hari sebelum itu.

Serangan itu membabitkan 59 peluru berpandu Tomahawk dan ia adalah tindakan ketenteraan dramatik Presiden Donald Trump sejak mengambil alih kuasa pada Januari lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 June 2017 10:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: